Rabu, 5 Ogos 2009

Solat Hajat mohon kejayaan untuk pelajar

Semalam, 5 julai 2009 bersamaan 15 Syaaban 1430 kita semua mendapat buku catatan baru. Buku lama diangkat selepas waktu asar semalam & kini amalan kita mula dicatat dlm buku baru yang fresh!! Kak Na harap di dalam buku baru ini lebih banyak kebaikan yang di catatkan berbanding dengan buku2 yang lalu...



Malam tadi di Surau At-Toyyibah, Kak Na, Alif, Ibu & Abah menyertai solat hajat & bacaan yaasin sempena Nisfu Syaaban. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yaasin 3x , doa memohon kejayaan untuk peperiksaan upkk,upsr,pmru,pmr & spm & peperiksaan biasa dan kemudian Solat Isyak. Majlis ditamatkan dengan majlis makan2.